Peperangan

Sedang Malaysia digemparkan dengan 'peperangan' di Lahad Datu... aku pula berperang dengan diri sendiri.. Entah kenapa sejak dua menjak nie.. aku jadik sangat uncontrol.. susahnya nk kawal diri.. kawal emosi.. kawal perasaan.. kawal tindakan.. kawal perkataan.. kawal muka.. kawal kete.. eh.. huhu... kan dah kata.. x terkawal.. nk menaip pun kekok je rasa skang... huhu

Dalam saat2 mengharungi  suka duka kehidupan... tiba2.. satu saat aku rasa diri sangat2 kosong... serba serbi dibuat x kena.. hmmm.... andai masa boleh diundurkan... tapi nyata itu semua x boleh.. yang datang tetap datang... bertubi2 dan bertimpa2.. tapi itu semua caturan Allah... andai kita redha dengan setiap ujianNya.. pasti kita dapat harungi dengan bijak..

Tak siapa sukakan dugaan.. tak siapa sukakan kekecewaan.. tak siapa juga sukakan kesakitan.. tapi bukan semua benda yang datang pada kita bertujuan utk menjatuhkan.. malah aku sangat2 bersyukur padaNya.. kerana setiap ujian yang didatangkan ini membuat aku lebih tabah & lebih terbuka dalam menilai dan melihat setiap yang hadir dalam diri aku sebagai sesuatu yang berharga.. Segala2 ini juga membuatkan aku rasa lebih dekat denganNya.. aku tak perlu memberi kepercayaan kepada sesiapa dah.. cukup bagiku hanya Allah yang satu.. kerana setiap tangisan dan doaku panjatkan padaNya sentiasa didengari... Alhamdulillah...

Aku bersyukur lahir sebagai Islam agamaku.. aku bersyukur kerana masih diberi masa utk merubah dan memperbaiki diri dari hari kehari.. Walaupun begitu.. aku hanya manusia biasa.. bukan semua aku mampu lakukan tanpa pertolonganNya.. Insyaallah... Aku akan cuba sentiasa bagi yang terbaik utk orang2 disekelilingku... 

* terdengar topik pagi radio pagi tadi... antaranya berbunyi 'PEPERANGAN YANG PALING DASYAT IALAH PEPERANGAN HAWA NAFSU" kerana kita terpaksa berperang dengan diri sendiri.. ia sudah ada dalam diri.. jadi bagaimanakah utk kita terus melawan & memerangi nafsu tu... Sama2lah kita renungkan... :)

Comments

Popular posts from this blog

Playing with Embird

"FiSiO"

It's 2015 !!!