Friday, February 27, 2009

It's Our Anniversary!!

4 comments

Click here to get the Code

Happy 14th anniversary MY DEAR!!

dari kita start couple 27.02.1995 sampai la ari ni 27.02.2009.. masa berlalu mmg terlalu pantas sekali.. Tapi alhamdulillah.. dari dulu hingga ke hari ni, kita masih bersatu & bahagia sperti selalu.. Walau terlalu banyak dugaan, rintangan, cooobaan dan masalah sekalipun.. alhamdulillah, kita dapat selesaikan semuanya dengan cara kita kan.. Luv U la..

Ari ni, awak xder kt cni utk kita gi celebrate ari ni sesama.. tapi xper.. saya paham.. Asal kita sama2 ingt tarikh nie & kita sama2 tau kita akan sentiasa nantikan tarikh nie.. itu dh cukup memadai.. Nanti awak free kita gi jalan2 ek..

Teringin nak gi balik tempat dating masa dulu2, kat Taman Tasik Seremban tu.. huhu.. ntah apa la rupanya skang kan.. pastu makan mee bandung kat MARA . Gi sekolah ke.. pegi nk B?? ermm... bestnya masa dulu... tapi skang lagi best kan.. :P

Semoga kasih sayang ini akan kekal abadi selamanya.. Harapan saya juga.. agar segala yang kita lalui suka mahupun duka.. akan dapat kita lalui bersama.. apa2pun sama2 kan.. Barulah kita dapat rasa susah senang tu sama2 .. ye tak??!!! huhu..

I Love U Sayang, I Miss U sayang, Selamat Hari Ulangtahun Perkenalan Kita yang ke-14.. Semoga tahun depan.. kita akan sambut lagi dengan suasana yang lagi best!!


-Love Niesa'95-

Thursday, February 26, 2009

ye ye.. kertas dh ada..

2 comments
hmm.. semalam hr yg agak mengecewakan sbb kertas yg aku cr utk wad kad x jumpa.. ada pun, rasa cam tak sesuai..

TAPI ni tadi.. baru dapat call dari member, pagi dia dtg jumpa aku n tgk muka akk blur & cm x sihat jer.. huhu actually aku bukan x sihat.. tapi kepenatan yang teramat sangat sbenarnya.. yelakan.. menguruskan kerja kawin yang dh tinggal beberapa bulan jer lagi nie kan.. then terstory kat dia yg adik ipar aku nk kawin jun nie.. Dia lak terus kata 'ada apa2 nak saya tolong tak?".. hmm.. baik betul kengkawan aku nie.. mula2 tu x pk nk mntk tolong pun, tapi tetiba tergerak nk tanya dia..

"eh, U ada kawan yg bkk kedai stationary x?"
"U nk cari apa? I bleh tolong.."
"I nk carik kertas utk wat kad, smalam dah bnyk kedai cr.. x jumpa.. klu ada pun harga x bagus la.." then aku tunjuk kertas sample kat dia..
"ala.. small matter ni.. I bnyk kawan, U jgn risau, nnt I carikan utk U"

waa.. hatiku berbunga2.. harap2 adalah..

2.40pm: ring..ring..
" hello, selamat petang.."

"ita, kertas yg U nk kan.. ready stok ada kaler kuning mix bunga2 kaler merah ada.. cantik.
u nk pakai urgent tak?"

"erm.. urgent la jugak nk print by next week.."

"oo.. dia kata 2-3 hari lagi ada stok baru sampai, design buterfly yg u nk pun mungkin ada.. so, mcm mana?'

"err.. yer ker?? harga mcm mana?"

"ok, dia bagi harga rm18/100pcs, so jadi 18 sen /pcs la.."

"waa.. ok la klu mcm tu.. I tgu next week.. stok baru"

"mm.. ok la.. I dh bg phone no, klu dh sampai nnt dia akan call, then I bawak U la .."

"ok..ok.. TQ'

hehe.. so, kesimpulannya skang.. satu perkara dh selesai.. xyah la aku pening kepala nk pk nk jalan carik kertas lagi.. huhu... alhamdulillah.. TQ Lee.. TQ very Much!!

Thanks kat sumer yang memahami situasi aku skang.. Lup U ALL la.. x lupa kat Eija.. TQ sebab sudi sponsor kek utk hantaran.. Semoga murah rezeki... aminnn!!!!

Muzik oh Muzik.. Kacau la...!!!

5 comments
ari nie.. aku dengan paksa rela dah removekan balik 'muzik' yang mengiringi blog nie.. huhu
demi memenuhi xpektasi pelanggan.. wakaka.. ada ker ayat ni leh guna utk blog aku?? hmm..:P
xderla.. sbenarnya.. 'pembaca setia' blog aku kata, kurang best bila bukak blog ada lagu.. sebab nnt bila bkk page lain pun, selagi x tutup blog aku.. akan dengar gak lagu dia.. hehe..

klu pk -venya : "alaa.. tutup je la blog aku klu x suka ada lagu2 tu kan.."
klu pk +ve : " a'a kan.. betul gak awak kata.. kang kantoi plak kat opis asik layan blog, pastu ermm.. x matured la blog ada lagu.. kan..kan..kan.."

haha.. so, keputusannya.. DEMI INSAN TERSAYANG nie.. aku removekan la lagu kat blog nie.. hehe.. X'pecially utk AWAK.. asal awak akan terus baca blog saya, saya tunaikan hajat awak tau!! sebab awak la yang ajar saya wat blog kan.. skang dh cm TERlawan tokey lak kan.. hehe..

Anyway.. I'll Always LOVE u!! Everything I Do, I Do It For You!! hehehe Bleh?!! Wahh!!

Tuesday, February 24, 2009

Fuh Lega!!!

3 comments
fuh lega!! ari nie aku dh siapkan chcklist utk weding adik ipar aku tu nanti. so far dh 25 perkara aku listkan utk diberi perhatian.. Maybe ada lagi yang belum disenaraikan tapi harap2 apa yang dh aku list ni bleh dijadikan GUIDE utk memulakan tugas!! huhu..

Ari ni pun tadi, mengular jer satu ari kat opis, x wat KEJE HAKIKI pun.. sebabnya.. hehe.. dh siap design kad kawin dorang.. Rasa seronok plak sbb dh lama x wat wedding card kan.. Last buat dulu utk member opis aku last year.. dia pun skang dh anak sorang dah.. Nak tunggu adik2 aku yang lain.. alamakai.. lambat bebeno.. so, Seyra ni dulu la merasa ke'unik'an hasil kreativiti aku tu nanti.. :P

erm.. pagi ni tadi msg ngan Ya, dia kata insyaallah 06.06.09 tu tarikh pilihan dia, sebelah lelaki plak akan buat di KEDAh pada 13.06.09. . kalau dicongak2 rasanya mmg x terkejar rasanya..

tapi dengan adanya chcklist yang aku buat ni nanti, harap2 dapat membantu perjalanan majlis nie..

x sabar nk tunggu Ya free & pegi shoping perabot, baju nikah, hantaran.. huhu.. best2!!

K.. nak balik dah.. tunggu latest news nnt ek.. xpecially 4 EELA!!!..

Monday, February 23, 2009

"GoNNa B Bizi..."

0 comments
Akhirnya.. setelah sekian lama.. malam tadi mereka dapat berbincang dengan baik.. Dpt menyelesaikan perkara2 yang selama nie bermain2 difikiran & menjadi tanda tanya.. dan.. oleh kerana dek 'penyelesaian' & perbincangan itu.. AKU, pastinya akan mula menjadi sibuk, sibuk & sangat sibuk untuk segala persiapan itu.. Insyaallah.. jika tiada aral melintang.. aku akan menerima seorang lagi adik ipar secara sah JUN 09 nanti.. SURPRISE!!?? of coz la kan.. sbb semuanya x diduga.. lagipun pihak lelaki dah mintak nk langsungkan awal, so kami akur jer la.. tapi alhamdulillah.. jika ia adalah untuk kebaikan.. aku akan cuba laksanakan sebaik mungkin...

mm.. klu dicongak2, tinggal beberapa bulan jer lagi majlis tu akan berlangsung & semuanya harus bermula dari sekarang.. Agak blur dimana nak aku mulakan segala persiapan, sebab dah lama giler beb x wat majlis kawin.. semua nak kena pk kan.. Tambahan pulak aku kira cam kakak sulung dh dalam family nie.. So, haha.. U guys bleh pk sniri la tanggungjawab yang aku kena pikul kan.. By the way.. I Wish All the best!! aku tak rasa ini satu beban.. tetapi menerimanya sebagai sesuatu yang mengembirakan aku, family & maybe semua orang jugak..kan..kan..kan..

AKU HARAP majlis ni akan berlangsung dengan lancar & keputusan yang dorang pilih nie dibuat selepas mereka memikirkan semasak2nya... sebab kehidupan rumahtangga bukan semudah yang disangka kan.. dan semoga mereka dapat melangkah satu lagi fasa kehidupan ini dengan TEKAD, AZAM & HIDUP BARU!!

Saturday, February 21, 2009

Bukan senang bergelar IBU..

2 comments
Sumber : Utusan Malaysia, 20/02/09

SEBAGAI wanita dan ibu, ada harinya kita berasa terlalu penat, bosan atau tertekan lebih-lebih lagi dengan kerja-kerja rumah yang tidak pernah surut dan anak-anak yang masih kecil. Apabila situasi itu melanda, seolah berasa sukar untuk mengembalikan semula mood yang lebih baik. Mood kita memang mudah terganggu. Sebagai contoh, di saat orang lain lena diulit mimpi pada waktu malam kita pula terjaga, menangis, tidak boleh tidur dan merasakan bahawa kita manusia yang paling tertekan di dunia ketika itu. Namun, jangan terus berperasaan begitu, sebaliknya harus selalu ingat bahawa sebagai manusia biasa kita tidak boleh melakukan segalanya dengan sempurna dan mood kita tidak sentiasa baik.

Seorang pakar psikologi, Patricia Farrell berpesan apabila terlalu penat, jangan memaksa diri melakukan semua tugasan sekali gus. Sebaliknya, bertenang dan jika ketika itu bersama anak yang masih kecil cuba bermain dengannya atau sekadar berbaring di sebelahnya sambil melihat dia bermain dengan permainannya. Anak akan gembira apabila ibunya berada di sampingnya ketika dia sedang bermain. Dan pada masa yang sama si ibu boleh mengambil kesempatan untuk berehat sebentar.

Bila berasa tertekan
Rasa marah dan kecewa boleh merosakkan seluruh hari tersebut jika kita sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk 'melarikan' diri daripada keadaan tersebut. Apabila kemarahan menguasai diri cubalah panduan ini.

1. Minta bantuan daripada suami.
Kita perlu ingat bahawa anak bukanlah anak kita seorang tapi anak suami juga. Memang anak anugerah yang membahagia dan menggembirakan, namun kita juga kena berdepan dengan masa-masa sukar selepas kelahiran bayi tersebut. Pasangan suami isteri mesti menerima hakikat bahawa apabila teramat penat, maka perlu berehat. Bergelar ibu bapa bererti memikul satu amanah untuk kesejahteraan anak tersebut, namun jangan jadikan ia satu beban apabila tidak mampu untuk memberikan yang terbaik. Paling penting ialah masalah tersebut tidak dijadikan punca suami atau isteri bergaduh. Selepas anak tidur, inilah masanya menguruskan diri, jangan biarkan tekanan terus menguasai diri.

2. Ceriakan diri dengan apa jua cara.
Menonton video kelakar atau mendengar muzik adalah antara cara untuk menghilangkan tekanan. Ingat pepatah Inggeris, 'ketawa adalah penawar yang terbaik,' jadi berilah penawar kepada tekanan dengan ketawa.

3. Bermain dengan haiwan peliharaan.
Kajian juga menunjukkan meluangkan masa bersama haiwan peliharaan mampu mengurangkan tekanan darah juga tekanan mental. Jadi jika mempunyai ikan peliharaan di kolam, luangkan masa untuk memberikan ia makan, situasi tersebut pasti memberikan sedikit kelegaan.

4. Telefon dan bercakap dengan sahabat atau adik beradik tentang keadaan semasa.
Membicarakan tentang perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan tetapi memberi satu ruang baru bahawa kita tidak berseorangan. Jika meluahkan perasaan dengan orang lain bukanlah bermakna kita seorang ibu yang teruk dan anak kita bukanlah satu-satunya anak yang paling degil. Mungkin rakan kita mempunyai kisah yang lebih teruk, siapa tahu jika tidak berkongsi.

5. Jika telah 'terlepas' menengking dan bertindak kasar terhadap anak kecil, jangan berat mulut untuk meminta maaf. Ucapkanlah kepada mereka bahawa anda tidak bermaksud untuk meninggikan suara dan bercakap perkara yang tidak sepatutnya. Apa yang penting ialah bagaimana mendamaikan situasi tersebut. Peluk dan ciumlah anak dan beri tahu mereka yang anda tadi terlalu marah dan kini sudah reda. Dengan melakukan perkara tersebut, anda dan anak akan merasa begitu lega.

Bila dalam kesedihan
Siapa yang tidak pernah berhadapan dengan situasi yang menyedihkan? Situasi di mana kita berasa begitu tertekan, ingin menjerit dan menangis sepuasnya, namun tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya.
Jangan susah hati, cuba panduan di bawah ini. (Tetapi jika berasa tidak suka kepada anak secara tiba-tiba, segeralah bertemu doktor kerana ia mungkin merupakan simptom tekanan selepas bersalin atau meroyan).

6. Jangan sesekali cuba membandingkan rutin harian kita dengan orang lain kerana jika mendapati cara kita tidak sempurna seperti orang lain hanya akan menambahkan tekanan. Adalah susah untuk menjaga orang lain sekiranya diri sendiri tidak diberi perhatian terlebih dahulu. Jadual harian akan membantu menstruktur semula hari anda. Jangan duduk dan termenung sahaja, cuba ikuti jadual yang telah ditetapkan dan pasti akan berasa hari tersebut satu hari yang berkualiti.

7. Peruntukkan sedikit masa untuk tidur sekejap. Cuba baring di atas sofa, tonton televisyen atau baca buku yang tidak mempunyai gambar. Dengan melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan bayi mampu mengembalikan semula semangat yang hilang.

8. Jika bentuk tubuh yang tidak menarik menjadi masalah anda. Mulakan senaman, bawa anak ke bilik yang lapang, pasang muzik dan mulakan senaman, anak anda juga pasti akan teruja dengan bunyi muzik yang dipasang.

** Nice kan artikel nie.. harap dapar kongsi ngan korang semua.. bukan saja ibu/wanita.. tapi sesiapa saja bleh ambil pelajaran dr artikel nie.. kan..

-Love Niesa'95-

Friday, February 20, 2009

"GENG lagi!!"

0 comments
Malam Ahad nie nk gi tengok GENG lagi.. Ha.. klu aritu aku belanja.. Kali nie.. Along plak yang kata nk belanja.. huhu.. dasat.. X penah la lagi aku pi tgk wayang citer yang sama 2 minggu berturut.. huhu.. betull.. kan aku dh kata BEST GILER!!.. emm.. kena carik bujet gak nie nk gi tgk wayang nie.. xkan poket kosong jer kan.. walaupun tiket da ader org sponsor.. xkan makan pun nk kena suap yer tak?? Haa.. klu aritu kitorang gi 16 seat.. kali nie.. 14 seat jer.. itupun dah penuh satu row.. tgl 1 jer kosong kat sebelah kitorang tadi.. hehe sbenarnya yang belum tgk lagi.. 4 org jer..(Kak Cekdah, Mama, Eija & Ejan).. konon nak teman dorang tgk lanie.. TAPI.. yang menemankan nie.. lagi ramai lak dr yg baru 1st time tgk.. :P nk wek camno... harap2 x bosan la walau dh tgk X2 pun kan.. Betul!betul!betul..

Kira ujung minggu nie.. jadual aku FULL lagi.. Sabtu aku keje, Ahad tghari tu, bawak budak gi ALAMANDA tgk Upin & Ipin nyer maskot.. ada roadtour katanya 22 Feb 09, dari pukul 12~3.30 petang!! & malam.. layan GENG lagi...

Eh.. korang yang lum tgk tu.. PEGI LA CEPAT TGK!!.. kang nyesal kang... terutamanya.. KAK INA, EELA & NOR!! haha.. Ingat jangan lupa tau!! PK MASA DEPAN!!

Thursday, February 19, 2009

"Satu Cerita"

4 comments
aku ada satu cerita.. bukan satu pun.. banyak sbenarnya.. Dah lama aku simpan cerita nie.. aku rasa cam nak cerita kat seseorang tentang cerita nie.. tapi aku takut plak nnt ada org yang akan kecik ati,makan ati, terasa ati, menjauhkan diri, merajuk, wat aku jadi musuh, sayang lebih kat aku ker.. isk.. banyak lagi la komplikasinya.... mm.. aku xnak tu.. tapi aku pun xnk gak simpan citer nie lama2.. sbb.. bila simpan sorang2.. ia akan jadi 'hantu' yang sering kacau kita.. dek kerana cerita2 yang aku simpan nie.. kadang2 aku jadi macam x berapa nk betul, jadik pelupa, jadi emo, jadi sensitif, isk.. mcm2 lagi aku jadi tanpa sedar.. huhu tapi klu aku nk citer.. agak2 pada sapa yang aku leh citer?? bukan semua org leh dengar citer aku & leh simpan citer aku ni macam aku simpan citer dorang... hmm... payahnya jadik aku... tapi klu aku tak jadi aku.. siapa pula aku akan jadik?? Haa... isk.. susah nie... nak citer ker tanak.. nak citer ker tanak.. mmm... aku rasa aku kena simpan lagi la.. Sampai bila?? Ntahla.. sampai bila2 la kot.. Sampai aku jumpa calon yang sesuai utk aku citerkan citer aku nie.. haha... kan..kan..kan...

"hidup x selalunya indah, langit x selalu cerah,"

BETUL!BETUL!BETUL!

~Love Niesa'95~

Tuesday, February 17, 2009

'BISAkah??'

2 comments
Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa
Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?
Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
~Love Niesa'95~

Monday, February 16, 2009

Smile!!

0 comments

I want 2 SMILE.. i WANt 2 sMILE.. i want 2 smile..

WHY??

Ntahlah.. rasa berbunga2 jer hati nie.. sebab apa aku pun xtau.. tapi rasa seronok plak bila sekali sekala dapat perasaan macam nie.. BEST!!..

SENYUM seindah suria..
Yang membawa CAHAYA..
Senyumlah dari HATI
Dunia pun bERSERI
SENYUM umpama impian
Dalam kehidupan
Kau TerSenyum Ku Tersenyum
Kemesraan Menguntum...

Saturday, February 14, 2009

Geng?? BEstttt!!!!

1 comments
Malam tadi dh gi tgk GENG.. Best giler la..!!! mmg x rugi la gi tgk citer tu.. Aku bagi 5 bintang utk keseluruhan citer tu.. Setiap satu perkara yg dorang buat.. memang terperinci & GEMPAK habis la.. Aku bleh bagi tabik spring la kat team2 UPIn UPiN ni kan..

Satu panggung ketawa, menjerit & macam2 reaksi ada la.. haha... Huda siap nangis masa kuar dr panggung.. Bukan nangis sebab apa.. tapi... " eieieie..eieiei.. huda x nak balik .. huda nk tgk lagi.. eieiei..eieie" sambil nangis manja la konon.. haha..

So, utk korang2 yang lum berkesempatan utk tgk.. pegilah bawak anak2, bini2, awek2, tunang2,pakwe2 & rakan masing2 tengok citer tu.. Bukan saja BEST!! tapi leh hilangkan TENSEN korang.. haha (betul!betul!betul!)

jangan lupa tengok tau... & jangan lupa, PK MASA DEPAN!! huhu..

Friday, February 13, 2009

Jom GENG!!!

2 comments
Yeye.. malam ni nk tgk GENG!!

x sabar nk balik nie.. dh bli tiket siap2 dh pun. huhu... Tgk GENG mmg la dh sronok, tapi.. yang paling seronok sbb.. malam nie kuar ramai2 ngan satu family.. so, aku dh bli 12 tiket dewasa & 4 kanak2.. kira malam nie, macam family day out la nie.. huhu...

Tapikan..sedey ckt, sbb Mak, Ayah, Eija, Ejan, Aziz & Ayob x dpt joint.. masing2 sibuk & ada hal masing2... so, kurang korum la malam nie.. pun begitu xperlah.. harap2 lain kali korang bleh joint gak utk aktiviti yang lain kan.. hehe

K.. yang akan sama2 menonton... B, Ayen, Huda, Along, Abang, Tok Abah, Hanna, Mamat, Bongah, Ayah Kajang, Mama, Serol, Zue & Yaya... kita jumpa disana.....

Thursday, February 12, 2009

'AQUARIUM'

1 comments
Apa itu Akuarium?? :

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ms 28
1. Peti kaca tempat memelihara ikan
2. Bangunan tempat mempamerkan ikan dan binatang-binatang lain yang hidup di dalam air atau berhampiran dgn air (spt kura-kura, ular dsb)


Menurut aku & 'kami'
1. Peti kaca tempat 'orang' duduk
2. Pejabat tempat mempamerkan 'orang' yang kurang nak bercampur dengan 'orang' & hanya tau 'sibuk' pasal org lain je.. hehe

Moral of the topic!!

kalau xnak kena label sebagai 'org dlm akuarium', rajin2 la berjalan & keluar di 'tepi pantai'.. bergurau senda & mengambil tahu akan hal2 yang terjadi di sekeliling anda... hahaha

** to: eElA, aIN,sUZ,sENEy, hoNEy!! .. huhu.. OF THE RECORD ok!! **

'AKU' X1 dimata kamu2 : yang SOMBONG, yang GARANG, yang GANAS, x FRENLY, TEGAS huhu, BAIK jer.. X GARANG pun.. adoyai..

THANKS 4 every comment ok! Aku terima jer.. Coz Nobody perfect kan!! hehe :P lagipun.. "X KENAL MAKA X CINTA" kan..kan..kan..

Kebizian.. kemelandaan..

2 comments
Kebizian.. kemelandaan.. ermm.. BZ SGT KE?? huhu.. agak la kan.. sampai x dan lagi nk post citer2 baru kat blog…

haa.. dikesempatan aku nulis jap nie.. nk inform kat korang2 yg rajin baca blog aku nie.. pasti korang klu nk baca.. baca jer la katsini maybe aku akan update kat sini jer pasni.. bukan apa.. yg blog frnster punya.. korang tgk sniri la arngmt dia.. lari sana, lari sini.. naik hangin aku jadiknyer..

klu post yg xder pic, mybe aku leh view ngan cantek la.. tp ku masuk pic jer.. mula buat hal..

Ntahlah.. aku ke atau blog tu yg problem.. huhu..

Thursday, February 5, 2009

my MP3..

2 comments

hehe.. skang aku dh ada koleksi baru.. MP3 player ; SAMSUNG.. leh layan lagu sambil masak, sambil basuh baju, sambil lipat kain, huhu.. xder la bosan sangat..

TQ B.. Caaayanng awak!!

Wednesday, February 4, 2009

heppy besday Noor!!!

0 comments
ari nie besday Nor..

HEPPY BESDAY NOR...

* semoga panjang umur murah rezeki (ayat standard setiap kali besday, :P)

* Semoga Bahagia selalu disamping suami

* semoga apa yg diimpikan & apa yg "diidamkan" sangat2 akan menjadi kenyataan..

* Semoga Kebahagiaan & Kejayaan Sentiasa Mengiringi Nor..

hehE.. walaupun hari semalam penuh dengan DUGAAN.. tapi, harap2 hari nie penuh ngan KECERIAAN.. iNSYAALLAH..

"allah selamatkan kamu...
allah selamatkan kamu...
allah selamatkan NOOR KHALIDAH,
allah selamatkan kamu..."
"Panjang umurnya,
panjang umurnya,
panjang umurnya serta mulia,
serta mulia, serta mulia...."

HAPPY BIRTHDAY NOOR!!!

Monday, February 2, 2009

hari bersama KELUARGA...

0 comments
rasanya dh agak lama la .. x spend time saja2 ngn family.. klu xder hal paper.. mmg xkan kuar umah la ujung minggu. klu xlepak kt umah, mesti gi umah along @ lepak kat taman maju (umah mertua).. nk kata kuar saja2 suka2 mmg dh lama kot..

so, last wekend.. lepas gi jemputan Besday kat umah is. B ajak gi Stadium Sukan bangi. B ada game. so, aku pun pk xperlah.. bawak budak2 kuar.. dh lama x kuar ngn dorang.. ermm.. best gak rupanya..tambahan plak kawasan tu ok la.. ada padang, balapan, ada court bdminton, tenis, squash, bilik air dia pun bersih.. kira senang citer.. bleh la ikut selalu .. hehe itupun klu B ajak la kan.. dh berazam nie, nk bli kasut pastu ikut B gi bola. aku n anak2.. apa lagi lari la.. hehe.. bestnya.. along pun kata nk joint.. so, harap2nya.. bleh jadi kenyataan la kan..

ari ahad plak, kitorang gi main bowling.. family aku & along jer.. dh lama jugak tak main.. plan2 asik x jadik jer.. ari tu alhamdulillah.. budak2 pun seronok jer tgkkan.. x byk songeh.. kira semuanya ok la.. abis boling aku gi kenduri umah mak andak.. kat ampang klu x silap.. along x ikut sbb dia nk gi jalan2 kat metro.. so kat situ jer la berpecah.. mula2 ajak Eija & Ct sekali.. tapi masg2 kuar ngn tunang & pakwe dorang.. so, kitorang jer

AKU : ntah kenapa, game yg 1st & 2nd.. bleh plak sTRIKE & SPARE byk2.. huhu.. sekali sekala jer leh gitu..dh masuk game 3, huhu lotih dh wey...

B : setelah mencuba berkali2 teknik SPIN dia.. akhirnya berjaya gak STRIKE!! hehe (sorilah B, lupa nk rekod)

ABANG : Game 3 baru nak start enjin ka? awal2 sorok skill nie...

ALONG : muka agak kecewa sebab setiap game percaturannya x menjadi.. hehe jgn kecewa ek.. lain kali kita cuba lagi

HANNA : dasat budak nie.. main lama main makin improve.. nyaris2 nk lawan paklang dia.. anyway.. CONGRATS LA KAKAK!!!


MAMAT : 1st time main.. biasalah.. longkang la lebih.. hampir givup dh.. tapi lepas kena pujuk, baru dia ok ckit & bersemangt nak main.. Paklang dia sanggup pegi cari Bola 6 ni, nk bagi mamat heppy nyer pasal.. Cayalah Mamat!! Skill ada, kena gilap jer lagi..


** Kitorang plan lepas nie, nk wat FAMILY TOURNAMENT plak.. hah.. ready la yer.. team DAMAI MEWAH, TAMAN MAJU, TAMAN DAYA, JELEBU & SALAK TINGGI.. HEHE

SALAH ker klu HeppY???

0 comments
wah.. ramai betul yg prihatin rupanya ngan tajuk2 dlm blog aku nie.. ermm.. bagusla.. aku x marah pun korang singgah & menjeguk blog aku.. heppy jer.. kurang2 korang hilang gak bosan kan..

tapikan.. tetiba ramai plak yg tanya kau pasal post blog aku yg latest.. ermm.. ramai lak yg tanya.. "pasal apa ko gelak?" , "ni pasal apa?", "kenapa suka sangat?" & macam2 lagi la..& yang paling aku xleh tahan.. ada plak yg terasa tu.. pergh.. memang penangan hebat la kat dia...

utk korang semua yang tertanya2 & terasa hati tu 'mungkin'.. hehe.. post tu sukati aku jer aku nk letak.. apa yang aku tulis, aku nk ketawa ker.. wei.. apa la korang nie.. aku happy jer.. sbb aku suka tgk orang bahagia.. aku post jer kat blog aku.. kurang2.. korang yg baca pun heppy & pada yg terasa.. wei.. bukan ko sorang la makhluk kat bumi nie yg suka hancurkan kebahagaiaan org.. *tp klu ko terasa.. sukati ko la.. ko ingt aku suka sangat nk jaga tepi kain ko?? aku x nyibuk pasal ko.. yg ko nyibuk pasal aku naper?? huhu... aku pun bukan org yg suka cr musuh.. tp klu musuh tu dtg sniri.. ermm.. pepandai la kan..

anyway..
terima kasih & mohon maaf kepada semua yg membaca.. sekiranya.. tajuk itu.. telah enimbulkan pelbagai spekulasi .. :P

andddd..... u all know wht?? ari ie aku cam heppy gak...:P.. salah ke klu aku rasa aku nk heppy?? kan..kan..kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...