ADAKAH ANDA SERASI BERSAMA PASANGAN ANDA ??

Terbaca artikel nie kat FB.. menarik gak & aku amik yg kena mengena ngan aku je.. ^_^

Adakah anda berdua pasangan serasi

Jika anda inginkan perkahwinan yang bahagia, carilah pasangan yang berbeza posisi dengan anda. Semakin jauh, semakin baik.Pasangan yg urutan lahirnya bermula dari belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sebagai panduan.


SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’ (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. Sebagai anak yang memiliki kakak/abang serta adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI


* Selalulah berbincang. Jangan biarkan pasangan anda berkata, “semuanya ok” tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.
* Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaannya anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
* Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama

Comments

Popular posts from this blog

Playing with Embird

"FiSiO"

It's 2015 !!!