AKU dah mula BOSAN !!!

aku dh mula bosan dengan kamu
aku dh bosan dengan janji kamu
aku dah naik angin ngan kamu
aku dh malas nk amik kisah pasal kamu
serba serbi pasal kamu..
buat aku jadik sakit hati
sakit jiwa .. sakit..sakit..sakit

aku cuba bersabar..
tapi hari demi hari, minggu demi minggu
malah kini tahun dh berganti tahun...
janji itu hanya tinggal janji
kamu boleh bersuka ria & bersenang hati
sebaliknya aku yang terpaksa menanggung segala keperitan
yang disebabkan oleh kamu...

tak tahu mcm mana lagi
cara yang terbaik utk aku bgtahu kamu..
yang kamu sudah jauh terpesong
dari wajah & diri kamu yang pernah aku kenal
satu tika dulu...

mungkin...
status kamu yang dulu single, berdua & kini dh bertiga...
membantu segala kelalutan dalam diri kamu itu..
menambah juga kekalutan dalam diri aku, dia & semua disekeliling kamu..
tapi kamu tak sedar..
kamu hanyut dengan dunia kamu sendiri..
dengan harapan org sekeliling akan paham masalah kamu..

Jangan menyesal andai suatu hari..
apabila kamu dh terlalu jauh dari aku, dari dia atau dari kami semua...
tiada ruang utk kamu kembali..
kerana.. banyak hati sudah terguris dengan segala tingkah laku kamu....
sedarlah....

Comments

Anonymous said…
Kesian Eyta, bosan ngan sapa nie???....
Eyta Wahab said…
wahai pengkomen misteri.. ^_^
saya bosan ngan manusia yang x sedar diri, x tau bersyukur dengan apa yang ada, tak tau menghargai org keliling yang sayang kat dia... huhu
Anonymous said…
sy sorg isteri yg rajin singgah membaca di blog puan. Puan begitu lembut orgnya, tetapi ligat dlm keje2 seharian... saya merasakan puan bukan sorg yg suka marah2 & merungut2 orgnya....
Eyta Wahab said…
terima kasih wahai pengkomen misteri..
blog nie sebagai penenang di kala duka & sebagai tempat melepas perasaan.. kalau dilepaskan pada tuan punya diri takut ada yang terluka nnt.. huhu
terima kasih kerana sudi membaca..
Anonymous said…
kekadang perlu & mesti diluahkan kepada tuan punya badan. Agar dia lebih mengerti!!!
Eyta Wahab said…
entahlah.. rasanya dh banyak kali bgtau dengan cara sehalusnya.. tapi makin halus cara kita makin leka dia ngan dunia dia.. jadik.. nk buat mcm mana... biarlah.. moga2 suatu hari nnt dia akan sedar sendiri dimana silap dia..

Popular posts from this blog

Playing with Embird

"FiSiO"

It's 2015 !!!