Kalau benar SAYANG...

Ayat " sapa x sayang bini oiii.." selalu sangat kita dengar.. tapi ada segelintir suami yang hanya pandai berkata dibibir sahaja tapi x mampu utk membuktikan kasih sayang yang dimaksudkan...

Masa bercinta bukan main I LAP U, U LAP ME, sanggup mengharungi suka duka bersama, LAUTAN API SANGGUP KU RENANGI INIKAN PULA LAUT CHINA SELATAN.. hahaha.. & macam2 lagila perumpamaan yang keluar.. Benar, masa bercinta tue mmg indah.. semua nampak best2 jer.. xder yang benar melainkan benar belaka.. huhu

Kalau masa bercinta sanggup melabur $ pegi dating, tgk wayang dll walaupun terpaksa berhutang ngn kawan, masa nak bertunang/ masa nak kawen.. sanggup pulak berhabis-habisan utk pastikan yang majlis itu adalah yang terindah seumur hidup... masa terima berita isteri pulak mengandung... alangkah bahagianya rasa, berhabis juga membeli bermacam2 benda.. nak branded2 lagi.. TAPI kenapa bila tiba ISTERI NAK BERSALIN... ada segelintir suami yang mengambil mudah & endah x endah jer ngan perkara tue????

Dengan Alasan:
1. Alaa.. bersalin kat gomen kan murah.. buat apa nk bazir2kan duit... ***** Please... Jangan nak kedekut sangat... Kesian la kat wife tue, dh la 9 bulan menanggung bermacam2 dugaan.. suka & duka.. Awak x rasa en. suami, awak bleh la kata apa jer.. jadi hargailah isteri anda.. Walaupun sepanjang 9 bulan mengandung tue, sepatah kata sakit pun dia xsebut, tapi percayalah setiap pengalaman mengandung tue pasti ada keluhan yang terbit sekiranya si suami hanya mengambil sikap endah x endah jer ngan keadaan isteri.. Anak sama2 kan.. sama2 buat kan.. so, sama2 la tanggung jugak.. Ini baru tanggungjawab pertama seorang ayah.. belum lagi masa anak tue kuar nnt...

2. Bersalin kat mana2 pun sama .. ** En. Suami.. U x rasa apa yg Isteri U rasa.. jgn nk wat andaian ok.. kalau masa bercinta boleh berabis, masa kawen boleh berhutang * bkn la sy suh berhutang plak, maksudnya perkara $ nie kita boleh ikhtiarkan.. ada 9 bulan masa utk merancang & menyimpan... Cuba la sekali sekala ketepikan kepentingan diri demi Isteri & anak yang dikandung tue.. X rugi apa pun... bini awak juga, anak awak juga.. kata sayang bini... buktikanla... Bagilah isteri tu merasa pengalaman indah melahirkan supaya nnt, kalau en. suami sibuk nak anak ramai2.. si isteri akan dengan senang hati berkata YA..

3. Xperla, yang 1st nie kita try la dulu kat gomen, nnt yang 2nd kita gi private ek... ** Alhamdulillah kalau ada niat tue, walaupun utk anak yang ke-2.. tapi confirm ke yang ke-2 tue pasti ada?? petik jari jer boleh dapat?? x tentu lagi kan.. andai la yang 1st nie jer merasa nk mengandung/melahirkan, dapat pengalaman ngeri plak masa bersalin, owh... ngerinya bila memikirkannya semula.. kasihannya si isteri... fobia itu akan menghantui setiap kali dengar ada insan lain juga merasai pengalaman yang sama... Please en. suami, cubalah hindarkan isteri anda dr merasai fobia yang berpanjangan tue...

Kalau nk bercerita mmg tersgt panjang la entry ini nnt, tapi ntah kenapa tetiba aku tergerak gak nk menulis.. Cuba ingin menyelamatkan emosi bakal2 ibu.. aku menulis berdasarkan pengalaman.. mungkin dulu kita tiada pilihan & kurang terdedah dengan info2 berkaitan bersalin nie.. tapi sekarang.. semuanya dihujung jari anda.. bukan hanya di hujung jari, tapi dari telinga ke telinga, mulut ke mulut.. buangla sikap yang pk .. membazir kalau bersalin kat swasta tu.. tepuk dada tanya selera.. kalau ikut kemampuan.. saya rasa sumer org mampu.. hp 2-3 bijik, keta menjalar2, emas berkilo2, barang2 branded, merokok boleh pulak.. belum kira gadjet terkini yag beribu2.. apa la sangat kos rawatan bersalin di swasta demi kasih sayang pada isteri tercinta.. Mungkin ada jugak yang merasai pengalaman ngeri masa kat private tp kalau nk dibandingkan dengan % yg mendapat pengalaman tu di gomen... hmm.. pk2 & renungkanla... "hendak seribu daya, x hendak sribu dalih... " pandai2la kan...

Pada semua bakal2 ibu.. Semoga kalian semua dapat melahirkan bb dengan sihat & selamat, sempurna segala sifat. Semoga pengalaman itu akan menjadi pengalaman terindah dalam hidup.. Doakan saya juga selamat bersalin untuk anak yang ke-3 nie.. Semoga segalanya dipermudahkan.. Amin..

**********************
Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki anda ada yang terasa ngan entry ini, saya bercerita hanya melalui pengalaman sendiri.. x mahu ia terjadi kepada org lain.... Semoga entry ini juga boleh menjadi titik tolak kalian untuk memilih...

Comments

ziela said…
4org ank saya lahir di spital gomen. walaupun suami mampu, tp saya pon mempunyai pendapat yg sama. meneran tu kt spital mana2 pon sakit. hnya seorg ank saya lahir di swasta. pd pandangan saya, tiada kelebihan apa pon. walaupun kakitgn hispotal gomen kuat berleter, ia menjadikan saya lebih berdikari, sekaligus bile balik rumah, terus tahu nk buat apa krn tidak terlalu di manjakan. cuma satu yg saya tak puas hati di spital gomen ialah, lps bersalin tiada ahli keluarga yg boleh temankan di wad. semuanya kena bergantung kpd diri sndr. dlm keadaan yg letih dan lemah tu mmg dirasakan amat mencabar. sgguhpun begitu, saya lihat ramai kaum ibu 'survive' cabaran tersebut. tidak bersungut malah memberi semangat antara satu sama lain. apa2 pon, tepuk dada, tnya selera.
Eyta Wahab said…
Ziela : alhamdulillah ziela dapat pengalaman baik2 belaka semasa bersaln kat spital gomen... Kadangkala bukan semua org dapat nasib yang baik macam ziela.. saya cuma berkongsi apa yang saya rasa, bukan berniat mahu kondem sesiapa.. kerana pilihan terletak di tangan masing2 kan.. ^_^
apa2pun.. Tahniah!! dah 4 anak yer..

Popular posts from this blog

Playing with Embird

"FiSiO"

It's 2015 !!!