Rupanya baru SEMINGGU???

betul.. x mimpi..
rupanya baru semingu aku lalui semula saat2 getir nie..
rupanya baru seminggu aku digelar OKU semula
rupanya baru seminggu jugak aku tinggalkan keje2 yang tak pernah padam dari pemikiran..
rupanya baru seminggu jugak aku x dengar kabar berita dari kawan2...

huhuhu...
peritnya rasa kesunyian.. walaupun hanya seminggu
peritnya rasa kebosanan walau hanya semingu
peritnya rasa gelisah walau dalam seminggu..
peritnya lalui saat2 ini.. walau hanya seminggu

******************************************************************

andai diberi pilihan.. aku x mahu lalui saat2 ini..
andai diberi ruang.. ingin aku luahkan rasa hati ini..
andai aku punya kekuatan.. akan aku laksanakan segalanya sendiri
kerana aku tidak suka terbeban & membebankan orang lain...
tapi apakan daya.. utk tika & saat ini..
aku hanya boleh memandang & menerima segalanya dengan tenang dan rela hati..

Comments

Popular posts from this blog

Playing with Embird

"FiSiO"

It's 2015 !!!