aku & 'perubahan'

lately.. ramai yang kata aku x macam dulu... 1stly of coz la pasal injury tu kan.. tapi ntahlah.. mcm2 perkataan keluar dr mulut mereka..

'naper ko nie?'
'apesal aku tgk ko lain macam jer..'
'akk ok?'
'naper ngan awak nie??'
'isk.. lain macam jer kawan aku nie..'
'asal lesu jer skang?'
'kak.. ceria la sikit..!!'

& sometimes, anak kecik aku tu pun.. datang tanya... 'mak kenapa?? mak ok?' hmmm... kenapa mereka boleh perasan ngan sumer tu?? apa yg mereka nampak sbenarnya bila tgk aku ?? sebab aku rasa.. aku dh cuba utk kembali 'normal' mcm dulu.. tapi ntahla.. 'jiwa kacau' & jiwa kosong... hmm.. apa yg aku pk sbenarnya kan??

it's everything!!!! pasal dia.. pasal kamu.. pasal awak.. pasal korang.. pasal mereka.. pasal AKU.. & pasal semua2 benda yg ada kaitan dengan aku.. huh.. kalaulah apa yg kita buat tu terus ada monitor yg membolehkan sumer org tgk apa yg kita buat & pk.. aku rasa.. dh lama dah hidup ni jadik begitu singkat.. & semua org pun pastinya akan segera berubah menjadi yg terbaik utk diri mereka & org keliling mereka.. Pasti waktu tu mereka akn cuba utk mmberi sepenuh perhatian kepada insan2 yang mereka sayang.. pastinya segala2 yang pahit x akan berlaku.. sebab segalanya nampak di depan mata.. tapi itu pasal la kenapa allah x jadikan apa yg akan ditunjukkan masa akhirat tu skang.. biar manusia ni tau menghargai hidup.. biar mereka tau cabaran hidup ni ada macam2.. sometimes.. ia sangat2 indah, kadang2 sangat2 menyedihkan & kadang2 ia seperti xder apa pun yg dirasakan.. hmm.. dunia mmg penuh dengan cabaran.. & again!!! Allah hanya akan turunkan ujian kepada hambaNya yang MAMPU utk tanggung ujian tu.. aku rasa aku juga salah seorang dari mereka.. diturunkan segala ujian supaya aku menjadi semakin kuat.. kuat & terus kuat..

"Ya Allah ya tuhanku.. Sesungguhnya aku amat redha dgn apa yg telah kau tetapkan dalam perjalanan hidupku ini.. tapi ketahuilah olehmu Ya Allah.. kadangkala aku rasa sangat kecewa dlm hidup nie.. rasa ingin berpatah balik dengan segala apa yg aku lakukan segala keputusan yg aku buat.. tapi nyatanya Hambamu ini sangat lemah Ya Allah.. hanya padaMu aku menaruh kepercayaan.. & aku akan terus memendam rasa ini kerana aku tahu Kau yang Maha mendegar, maha pengampun & maha pengasih..kau jualah maha segala2nya... Mengadu kepadaMu aku rasa ketenangan itu milikku Ya Allah.. " Aminn amin.. amin... (air mata ini menitis lagi...)

Wahai Kawan... maafkan aku andai perubahan itu terlalu ketara..
Wahai Sahabat.. ingin aku luahkan rasa ini padamu.. tapi aku x sampai hati membebankan kamu..
Wahai Kekasih.. Kau sanggup mendengar, kau sanggup lakukan apa sahaja utk aku.. tapi aku x sanggup utk berkata apa2..
Wahai Teman.. Terima kasih kerana sentiasa berada disaat aku memerlukan...

Kamu.. wahai kawan,sahabat, kekasih & teman.. Kau akan aku kenang sepanjang hayatku.. Maafkan aku sikap aku, tinggahku, lagakku.. andai x seperti dulu.. kerana aku sndri pun x pasti kenapa dgn aku sbenarnya.. aku pun xtau apa yg aku nk sebenarnya.. nyata... aku sangat2 rindukan masa lalu.....

************************************************************************************
tetiba aku terasa nk menulis ini...
kadang2.. kita selalu menyalahkan org lain atas kesalahan kita sendiri.. dengan alsan.. klu dia x begitu dulu.. pasti semuanya x jadi begini..hmm.. & kita ketawa keriangan & puas hati sbb dapat salah kan dia.. tapi pernah ke trlnts kt fikiran kita.. yg org itu juga ign menyatakan bahawa semua itu slah kita juga.. mungkin, kalau kita bertindak sebaliknya.. ianya juga mungkin x jadi seperti sekarang.. hmm.. mana tau kan.. cuma dia x sampai hati utk nyatakn kerana dia sangat2 sayang & x sampai hati nk melukakan hati kita.. atau mungkin dia lukakan hati kita utk jaga hati org lain yg lebih penting dlm hidup mereka.. Mana tau kan... sebab selalunya kita hanya tau apa yg ada dlm hati kita, tapi kita x tau apa yg ada dalam hati mereka.. huhu.. Life Is So Complicated!!! andai kamu yg mmbaca.. terasa ia ada kaitan dengan diri kamu.. lakukanlah sesuatu sementara ia ada didepan mata.. kerana kita x tahu apa yg akan berlaku esok hari.. kerana hanya Allah yg maha mengetahui...

~niesa'95~
*************************************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Playing with Embird

"FiSiO"

It's 2015 !!!